Saturday, January 15, 2011

Perempuan Salah,Lelaki Tenang..Lelaki Salah ?





wOOoott,sahaja aku update blog sebab bosan duduk sini melepak dalam rumah sewa keseorangan.. Wah,teruk betul niat hyp3r..Tajuk entri kali ni nak kutuk perempuan semacam jer,sebenar nya bukan nak kutuk tapi nak membentuk..antara contoh-contoh yang boleh diterima pakai..

Bila si perempuan tak balas SMS,si lelaki tenang je sebab fikir mungkin si perempuan ni tengah sibuk,tiada apa la perlu dirisaukan..
Bila si lelaki tak balas SMS,si perempuan hangin satu dunia.. Selagi tak balas,selagi tu fon si lelaki penuh dengan SMS sampai SMS tak boleh masuk(walaupun fon mahal).. Tak cukup dengan SMS,bertambah pula deringan fon calling sampai dengar lagu deringan rasa nak muntah jer (penat je set tone to berhari-hari)..

Bila si perempuan menerangkan sesuatu,si lelaki tenang je memahami walaupun ada salah kenyataan (terima je la)..
Bila si lelaki menerangkan sesuatu,si perempuan hangin satu dunia.. Punya la penat si lelaki cerita dari kecik sampai besar,dari A-Z,dari lubang cacing ke lubang gajah,si perempuan tetap tak dapat faham walaupun si lelaki jujur.. Kalau boleh,cerita tu nak jadi macam ling-ling sampai 3jam lama nye..

Bila si perempuan tak dapat bagi sesuatu,si lelaki tenang je sebab mungkin si perempuan tak mampu beri apa yang si lelaki nak(janji hati ikhlas)..
Bila si lelaki tak dapat bagi sesuatu,si perempuan hangin satu dunia.. Kenapa berkira sangat,kalau orang lain boleh je bagi kan,tak nak bagi sudah,suka hati la,terpulang la(antara statement yang buat si lelaki makin sayang si perempuan)..

Bila si perempuan keluar dengan lelaki lain,si lelaki tenang jer mungkin keluar dengan kawan,xpe la,nanti cakap kongkong pula..
Bila si lelaki keluar dengan perempuan lain, si perempuan hangin satu dunia.. Bukan setakat keluar berdua dengan kawan perempuan tak boleh(boleh dimaafkan),tetapi keluar dengan kawan perempuan + laki beramai-ramai pun tak boleh..lagi la terkengkong..

Bila si perempuan marah,si lelaki tenang je menerima segala luahan perasaan tak puas hati si perempuan sampai kena tempias air liur pun tak pe(melekat muntah hijau)..
Bila si lelaki marah,si perempuan hangin satu dunia.. Bukan nak terima luahan,kena marah balik ada la.. Tak pasal-pasal tengah mood marah kena marah pula.. Memang berganda la kemarahan.. Tetapi si lelaki tetap tenang selama nya..

Kesian kan lelaki zaman sekarang,semua perempuan nak control.. Nak sangat hamik dunia ni,hamik la.. Tetapi lelaki tetap akan menjaga dunia..:)

Attn:- tak de kena mengena hidup dan mati,juz entri nak membentuk perempuan yang kutuk lelaki,perempuan pliz fikir positive(tak kan to pun tak mampu)..:)

Monday, January 10, 2011

Assignment Vs Blog

Ape la,assignment tak siap,tapi nak update blog.
Bila terpikir nak masuk entri baru jer,mesti teringat assignment.

ye la,blog ni menaip. Assignment aku menaip jugax,nama subjek pun multimedia,memang la menaip..
tapi kenapa ko pilih menaip di blog,kesian assignment aku..

Disebabkan due date khamis,ni yang rasa banyak masa lagi.  Tapi rasa bersalah pun ada,blog bagi ko apa,bajet menaip sini dapat 4.00 ker..adoyai,manusia..

assignment aku memang best nak buat,tetapi ambil masa,terus malas..  haha,pernah ker aku rajin?
nak tau assignment aku apa?   buat profile anda guna powerpoint skreatif mungkin.. wth,sejak bila aku ambil kos media pulax ni..   ingat aku kreatif,inovasi ker..   fikir negative,mulut basi reti ar gax..

ish3,hyp3r..  tak baek ko merungut camto,keje ko kan,nanti gagal,ko jugax guling guling sampai lebam..  wah,masin nye mulut..harap tak ada la macam to kan..  ape pun,blog kena gax update,nanti orang cakap semak la,sawang la,nanah la,kurap la,semua melekat kat blog ni..

wah,kalao berceloteh panjang je kan sampai cecah langit..  cukup la ni sekadar tambah entri,hilang dah kot semua sawang kat sini.. jom buat assignment(gimik lebih)..  harap la mencurah idea buat assignment.. hahaha


Attn ::-->> banyak lagi idea nak masuk dalam blog ni tapi rasa tak aman pulax selagi tak siap assignment

datang nak belajar ke jadi blogger..

Thursday, December 16, 2010

Syurga Cinta

Dambakan la isteri sehebat Khadijah
Jika diri sudah mengamalkan sunnah Rasulullah
 
Cari la isteri secantik Balqis
Andai diri sehebat Sulaiman

Harapkan la suami setampan Yusuf
Jika kasih kita setulus Zulaikha

Cari la suami seteguh Ibrahim
Jika diri sekuat Hajar dan Sarah

Mimpi kan mendapat lelaki seperti Ali
Jika kita sehebat Fatimah

*maaf kepada pemilik ayat di atas,aku ubah ayat..chill^^

Monday, November 29, 2010

Istilah Serta Puisi Cinta


*Perspektif seorang lelaki terhadap perempuan

Cinta bermaksud perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan,perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu, rindu.

Selasih diambil dari barat, 
Dibawa orang jual ke kampung,
Cinta kasih tak ada ubat, 
Selagi tak jumpa hati tak senang.

Kasih bermaksud perasaan sayang,cinta terhadap seseorang.

 Sayang-sayang buah kepayang, 
Dimakan mabuk dibuang sayang,
Tuan laksana kayu gerenang, 
Di sini tempat bergurau sayang.

 Jatuh hati bermaksud menaruh cinta kpd seseorang.

Kalau tuan berjalan kaki,
Jika penat naik kereta; 
Jangan sekali menurutkan hati
Seumur hati duduk bercinta.

Uhh,to jer mampu aku cri stakat ni.klao ada yg lain,aku update lg,klao rajin,kekeke..
sumber *Dewan Bahasa dan Pustaka

Sunday, October 3, 2010

---10 Sebab Single Itu Best---

1) Orang cakap couple itu haram.Tetapi orang yang sedang "bercintan" cakap kita bukan couple,tetapi teman,mana sama dengan couple.Bagi yang "single",kita tidak perlu bermain dengan fakta atau auta.

2) Orang cakap couple itu leceh.Tetapi orang yang sedang "bercintan" cakap leceh itu la yang membuatkan kita saling memahami.Bagi yang "single",kita tidak payah susah-susah melecehkan diri sendiri.

3) Orang cakap couple itu perlukan masa.Tetapi orang yang sedang "bercintan" cakap masa untuk bersuka-ria dengan teman,tidak perlu la berkira sangat.Bagi yang "single",banyak benda lain yang boleh diluangkan.

4) Orang cakap couple itu lalai.Tetapi orang yang sedang "bercintan" cakap itu la sumber inspirasi menempuhi kehidupan.Bagi yang "single",sumber inspirasi kita lagi unik,ibu dan bapa.

5) Orang cakap couple perlukan duit.Tetapi orang yang sedang "bercintan" cakap duit untuk menuju kebahagiaan tidak rugi.Bagi yang "single",duit kita itu boleh dibelanja ke jalan yang lebih elok.

6) Orang cakap couple itu serabut.Tetapi orang yang sedang "bercintan" cakap serabut boleh dileraikan kalau saling menyayangi.Bagi yang "single",kita tidak perlu serabutkan kepala.

7) Orang cakap couple itu bala.Tetapi orang yang sedang "bercintan" cakap bala itu ada hikmah nya.Bagi yang "single",kita tidak perlu mencari bala yang tidak diingini.

8) Orang cakap couple itu buat kita buta.Tetapi orang yang sedang "bercintan" cakap kadang-kadang buta itu boleh bagi pengajaran kepada kita.Bagi yang "single",kita sentiasa celik menghadapi dugaan hidup.

9) Orang cakap couple itu pahit.Tetapi orang yang sedang "bercintan" cakap semuanya yang dihadapi manis.Bagi yang "single",kemanisan hidup adalah selepas perkahwinan.

10) Orang cakap couple itu kasih sayang.Memang ada kasih sayang ketika kita ada teman.Jadi,teruskan erat hubungan anda selagi tidak bertentangan.Bagi yang "single",anda telah rugi mengecapi pengalaman berguna.^-^
 
*setiap orang mempunyai hak untuk menilai sesuatu,selagi individu itu pandai menjaga diri,teruskan apa yang kamu lakukan.pengalaman bersama seseorang boleh buat kamu menjadi matang.