Sunday, October 3, 2010

---10 Sebab Single Itu Best---

1) Orang cakap couple itu haram.Tetapi orang yang sedang "bercintan" cakap kita bukan couple,tetapi teman,mana sama dengan couple.Bagi yang "single",kita tidak perlu bermain dengan fakta atau auta.

2) Orang cakap couple itu leceh.Tetapi orang yang sedang "bercintan" cakap leceh itu la yang membuatkan kita saling memahami.Bagi yang "single",kita tidak payah susah-susah melecehkan diri sendiri.

3) Orang cakap couple itu perlukan masa.Tetapi orang yang sedang "bercintan" cakap masa untuk bersuka-ria dengan teman,tidak perlu la berkira sangat.Bagi yang "single",banyak benda lain yang boleh diluangkan.

4) Orang cakap couple itu lalai.Tetapi orang yang sedang "bercintan" cakap itu la sumber inspirasi menempuhi kehidupan.Bagi yang "single",sumber inspirasi kita lagi unik,ibu dan bapa.

5) Orang cakap couple perlukan duit.Tetapi orang yang sedang "bercintan" cakap duit untuk menuju kebahagiaan tidak rugi.Bagi yang "single",duit kita itu boleh dibelanja ke jalan yang lebih elok.

6) Orang cakap couple itu serabut.Tetapi orang yang sedang "bercintan" cakap serabut boleh dileraikan kalau saling menyayangi.Bagi yang "single",kita tidak perlu serabutkan kepala.

7) Orang cakap couple itu bala.Tetapi orang yang sedang "bercintan" cakap bala itu ada hikmah nya.Bagi yang "single",kita tidak perlu mencari bala yang tidak diingini.

8) Orang cakap couple itu buat kita buta.Tetapi orang yang sedang "bercintan" cakap kadang-kadang buta itu boleh bagi pengajaran kepada kita.Bagi yang "single",kita sentiasa celik menghadapi dugaan hidup.

9) Orang cakap couple itu pahit.Tetapi orang yang sedang "bercintan" cakap semuanya yang dihadapi manis.Bagi yang "single",kemanisan hidup adalah selepas perkahwinan.

10) Orang cakap couple itu kasih sayang.Memang ada kasih sayang ketika kita ada teman.Jadi,teruskan erat hubungan anda selagi tidak bertentangan.Bagi yang "single",anda telah rugi mengecapi pengalaman berguna.^-^
 
*setiap orang mempunyai hak untuk menilai sesuatu,selagi individu itu pandai menjaga diri,teruskan apa yang kamu lakukan.pengalaman bersama seseorang boleh buat kamu menjadi matang. 


6 comments:

  1. bile ko nak couple plak ni weh cri la pennganti

    ReplyDelete
  2. uwaaa,ko ckp mcm senang je cri..isk3

    ReplyDelete
  3. hahhaha sennag je kat uitm tu kan ramai student

    ReplyDelete
  4. ko ckp memg la snang,da ada bley ar..ingt aku ni ada ke org nk,sj je ko kn,sob3..

    ReplyDelete
  5. ade je org yg btol ntuk ko cume x jumpe lagi je

    ReplyDelete